Thursday, May 1, 2014

Untuk Awak.

Assalamualaikum.

Rupanya dah setahun saya tak post apa-apa. Nampak tak kadar kesibukan saya? (Sebenarnya pemalas nak meluahkan apa yang tersirat dalam hati. Hihu.) Tapi hari ni rasa macam nak berkongsi. Dah sebulan saya balik Penang. Perasaan saya? Okay saya cerita dulu macamana saya boleh balik Penang. Asalnya, pada suatu petang yang memenatkan, saya telah menyuarakan sesuatu pada group whatsapp family saya yang berbunyi lebih kurang seperti mahu berhenti kerja di KL dan balik Penang tanpa ada kerja. Lantas atas kerisauan yang menggunung, ayah dan ibu saya berbincang dan berusaha mencari pekerjaan lain untuk saya di Penang tanpa mereka tahu yang saya hanya menyuarakan apa yang tiba-tiba terlintas di fikiran tanpa mengambil serious perkara ini. Sebab saya dah selesa dengan cara hidup saya di KL walaupun agak membahayakan. Dan pada suatu hari, ayah saya call suruh balik Penang untuk jumpa dengan kawan dia atas urusan kerja. Di pendekkan cerita, saya diterima masuk ke satu construction company dengan penuh tiba-tiba. Saya tiada pilihan lain selain dari terima perkara ini setelah ibu saya sangat gembira sebab anak dia semua dah balik kampung. 

Kembali pada persoalan tadi, perasaan saya? Okay biar saya cerita pulak apa yang saya buat kat KL. Saya kerja sebagai customer service untuk TM streamyx. Kat sana pada mulanya saya kerja hanya untuk habiskan kontrak sebab nak dapat balik duit bonding agent sebanyak RM500. Banyak okay! Tapi lama kelamaan, atas nasihat dan dorongan serta sokongan dari seorang kawan istimewa (sebenarnya ini topik utama), saya ubah persepsi saya dalam pekerjaan saya. Saya nak berjaya di sana. Saya nak kerja sungguh-sungguh supaya saya dapat naik pangkat dan capai impian saya. Dan sebenarnya apa yang saya usahakan seakan-akan membuahkan hasil bila setiap bulan prestasi kerja saya semakin baik. Tapi itu semua separuh jalan je bila saya kembali ke pangkuan keluarga. 

Sebelum saya explain apa yang saya rasa, saya huraikan dulu kenapa saya kena balik penang. Ini apa yang dijelaskan oleh ibu dan ayah saya setelah saya kemurungan seminggu lamanya. Pertama sekali kata ibu saya, dia suka semua anak dia ada kat sekeliling dia. Kedua, keselamatan saya kat KL tak terjamin sebab saya sorang-sorang. Ketiga, saya sangat diperlukan oleh keluarga saya di Penang memandang ada beberapa isu timbul. Dan banyak lagi perkara-perkara berbangkit yang mematahkan hujah saya betapa selesanya saya kat KL. Isu yang paling utama adalah keluarga saya perlukan saya. Apa pilihan saya?

Dan apa perasaan saya tinggalkan KL? Dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa penjelasan secara detail, tanpa sempat menghabiskan masa bersama kawan-kawan, tanpa meluangkan masa dengan yang tersayang, saya beri notis 24 jam berhenti. Saya hanya ambil masa 3 hari untuk selesaikan perpindahan saya. Saya tinggalkan kawan istimewa saya dengan tiba-tiba. Kawan yang sentiasa ada masa susah dan senang, kawan yang terima saya seadanya, kawan yang sentiasa menjadi pendengar yang setia, kawan yang sentiasa cuba menghiburkan, kawan yang tidak pernah berkira masa dan wang, kawan yang sudi berkongsi apa saja dengan saya, kawan yang sudi menangis sebab saya nak tinggalkan dia, kawan yang istimewa bagi saya. Impian saya sebelum ni, saya nak berjaya sama-sama dengan dia di tempat kerja lama. Sebab saya tiru impian dia. Dia nak berjaya kat sana, saya tambah sikit nak berjaya sama-sama. Saya nak tengok dia happy, saya nak dengar luahan hati dia, saya nak sentiasa ada masa dia susah macam dia sentiasa ada masa saya susah, saya nak gembirakan dia macam dia gembirakan saya masa saya sedih, saya nak sama-sama jayakan hari bahagia dia nanti dan pendek kata, saya nak sentiasa bersama dengan dia susah dan senang selagi dia perlukan saya. Tapi impian saya terkubur dengan tiba-tiba tanpa sempat saya fikir apa-apa pon. 

Apa perasaan saya? Saya sendiri tak dapat nak huraikan. Perasaan saya bercampur baur bila saya kena buat pilihan antara kehendak saya dan tanggungjawab pada keluarga. Dan akhirnya saya pilih tanggungjawab saya sebab restu ayah bonda tu yang paling penting.

Dua malam terakhir saya kat KL, saya langsung tak boleh nak lelapkan mata. Saya menangis dan menangis dan menangis sebab saya nak tinggalkan kawan istimewa saya sorang-sorang. Saya menangis sorang-sorang non-stop sampai mata saya bengkak. Rupanya, keesokan harinya kawan saya pon menangis juga. Kami menangis sama-sama sebab tu malam terakhir kami jumpa dan luangkan masa sama-sama. Lepas ni tak tahu bila ada peluang nak jumpa. Saya tak sangka dia pon menangis sebab saya akan tinggalkan dia. Boleh faham apa yang saya rasa?

Nak tahu tak ada banyak benda yang saya menyesal sebab saya tak buat masa saya ada masa dengan kawan istimewa saya ni. Banyak sangat! Paling saya menyesal bila saya perasan yang saya sangat tak banyak gambar berdua dengan kawan istimewa saya tu. Boleh dikira dengan sebelah jari okay! Itu yang paling saya kesalkan. Dan ada banyak lagi contohnya, saya janji nak belikan buku kalendar tapi saya tak beli dan akhirnya dia beli sendiri. Setiap kali saya tengok buku dia, saya akan rasa bersalah tapi dia tak pernah tahu. Saya janji nak pergi majlis bertunang dia tapi sebab saya mahu berjimat, saya mungkir janji saya. Saya tak pergi raikan hari bahagia dia sebab saya pentingkan diri. Hari terakhir saya kat sana, dia ada minta belikan goreng pisang tapi saya tak beli sebab saya bercadang nak datang lagi keesokan harinya tapi saya tak datang. Dan ada banyak lagi benda-benda yang saya tak dapat nak tunaikan sama ada sengaja atau tidak. 

Sekarang, saya sangat-sangat rasa bersalah sebab dah tinggal dia sorang-sorang dengan tiba-tiba. Dia pernah cakap kat saya 'takpe yana, kita berpisah kat dunia je'. Betul! Saya betul-betul harap persahabatan saya dengan dia kekal sampai syurga. Walau saya rindu macamana pun suasana dulu, semua tu takkan berlaku lagi. Cuma saya berharap saya boleh selalu pergi KL untuk jumpa dia dan beberapa kawan-kawan senior saya yang juga buddy kami dulu. 

Untuk awak, kalau awak baca ni, kite tahu awak tahu kite cakap pasal awak kan? Kite tak pernah lupa awak sesaat pun. Dan yang lain-lain juga lah. Cuma awak special case sikit. Bak kata awak, Dalam sehari, lebih dari 9 jam kita spend masa sama-sama. Kebanyakan benda kita buat berdua. Memang kite susah nak adapt bila tiba-tiba kat sini kite sorang-sorang kena belajar semua benda. Kite still tengah menyesuaikan diri dengan kerja baru kite. Tapi kite pegang semangat awak. Nasihat-nasihat awak semua lekat kat kepala kite. Kite cuma nak awak tahu yang kite nak tengok awak berjaya capai impian awak kat sana. Kite minta maaf sebab tak dapat teman awak tapi kite sentiasa akan ada masa untuk teman awak bila-bila masa pun awak tengah susah hati atau marah. Dan kite nak awak tahu yang awak memang istimewa bagi kite. Macam kite cakap malam tu, jarang kite nak menangis tinggal kawan tapi dengan awak, kite dah macam putus cinta. Kite tak pandai nak tunjuk yang kite sayang orang tapi kite memang sayang awak kerana Allah. Awak sentiasa ada dalam doa kite. InsyaAllah kite takkan pernah lupakan awak. Kite rindu awak.....


Tuesday, April 23, 2013

23.04.2013

Happy Birthday Ilyana! :-)

Wednesday, March 27, 2013

warkah untuk Dolly

Assalamualaikum.

kehadapan Dolly,

macamana? seronok tak kat sana? mesti seronok sangat kan? Syurga. tapi Dolly seronok-seronok pon janganlah sampai lupa kakak kat sini. kakak taw lah kat sana banyak awek cun. hiks. 

Dolly, terima kasih banyak sebab selama Dolly kat dunia ni, Dolly jadi peneman suka-duka kakak. Dolly sentiasa ada masa kakak sedih dan gembira. walaupun Dolly buat muka tak puas hati dan muka bosan setiap kali kakak cerita masalah kat Dolly, kakak taw Dolly amek berat pasal kakak. sebab Dolly tak pernah lari setiap kali kakak bercerita. Dolly yang taw semua pasal kisah hidup kakak. dari Dolly kecik, sampai besar Dolly jadi peneman hidup kakak. terima kasih sebab sentiasa tunggu kakak balik. terima kasih sebab teman kakak tido malam-malam. terima kasih sebab teman kakak bersembang. terima kasih sebab pujuk kakak masa kakak nangis. terima kasih sebab hiburkan hati kakak masa kakak bersedih. terima kasih sebab setia dengan kakak walaupun kakak taklah layan Dolly sebaik mana. terima kasih Dolly, sebab hadir dalam hidup kakak.

kakak mintak maaf banyak-banyak sebab tak pandai jaga Dolly. Dolly sakit, lapar kakak selalu lambat-lambat bagi makan dan letak ubat. sebab Dolly memilih sangat. nak makan mahal-mahal je. kakak mana ada duit Dolly. kakak harap Dolly maafkan kakak sebab selalu abaikan Dolly. balik lambat setiap malam. tapi, tiap-tiap malam memang kakak carik Dolly kan?

macamana kakak nak hadapi hidup tanpa Dolly lepas ni? tiap-tiap hari, mesti nak kena tengok Dolly sebelum tido. kalau Dolly tak balik rumah,kakak susah hati sampai tak boleh tido. kena pastikan Dolly ada kat rumah baru kakak boleh tido. sekarang Dolly dah tak ada. macamana kakak nak tengok Dolly?

Dolly, kakak sayaaaaannnnggggg sangat-sangat kat Dolly. kakak rindu Dolly. kakak cinta Dolly. tapi, Allah lagi sayang Dolly. Allah ambik Dolly dari kakak sebab Allah lagi sayang Dolly. Allah nak jaga Dolly untuk kakak. Allah sebaik-baik penjaga. Dolly kat sana, hidup baik-baik taw. seronok-seronok. happy-happy. tunggu kakak kat sana, doakan kakak dan keluarga kita okay? jangan lupa kakak dan keluarga semua. kami semua sayang dan rindukan Dolly. kakak takkan pernah lupakan Dolly. selamanya Dolly akan ada dalam hati kakak. Dolly kekasih hati kakak selamanya. Dolly rehat baik-baik ye kat sana. tunggu kakak taw! jangan lupa kakak. i love you Dolly. i love you so much! 

Ya Allah Ya Tuhanku, jagakan kucing saya. sesungguhnya, Kaulah sebaik-baik penjaga. ameen. 

Dolly sang kekasih hati. 

Monday, March 18, 2013

syukran jazilan

he is coming back to me.
he is talking nicely with me. 
he is smiling to me.
he is joking with me.
Alhamdulillah.
now, i can see his smile and hear his joke. 
and now i know the reason why he did that to me. 
thank you Allah, i get back my beloved little brother. 
for these several days left. 
Alhamdulillah. 

Monday, March 11, 2013

this is me

i'm so happy these days. being surrounding by the people i love. i just hope that i will always be with them forever. they are my inspiration. whenever i feel sad, they can cheer me up without doing anything but smile to me. i just love them the way they are. i forgive them for whatever happens between us. they must have their own reasons. i want them to come back to me just like before. i want them to feel important again. and i want them to know that i love them and i will always be there when they need me. anytime. anywhere. 

Wednesday, March 6, 2013

stop comparing!

how do you feel when people keep on comparing you with another person? as for me, i hate being compared either in positive way or negative way. i am who i am and everybody has their own behavior. good or bad, i just want to be love the way i am. you have no idea how it feels when everywhere you go, people around you always compares you with a person that you know not worth it. everything you do is a mistake but everything they do,even it is 'i don't know how to describe' people will accept it with smiley face. yeah, it hurts. only special people like me has the opportunity to feel it. because, Allah loves me and He knows my limit. i can endure it as i know He will always be with me.