Wednesday, February 13, 2013

Be Positive!

Assalamualaikum.

hari ni saya ingin tulis mengenai masalah. setiap manusia dalam dunia ni ada masalah. cuma cara mereka hadapi masalah tu berbeza. ada yang buat-buat tak ada masalah. ada yang sentiasa redha dan tabah menghadapi masalah. dan ada pulak yang tuding jari pada orang lain pada setiap masalah yang dihadapi. pada saya, kita tak patut komen cara-cara setiap orang dalam mengatasi masalah mereka sendiri. ikut keselesaan masing-masing selagi tidak memudaratkan. cukup dengan kita memberi sokongan yang berpanjangan. 

saya ada seorang kawan yang sentiasa akan sokong saya. apa pun masalah saya, dia akan dengar dan cuba nasihat saya apa yang dia rasa perlu. sekiranya saya tidak ikut nasihat dia, dia tetap menyokong segala keputusan saya dan tidak pernah menyalahkan saya atas segala keputusan yang saya buat. dia adalah kawan saya semasa di universiti dan saya percaya dia baca post ini sambil tersenyum. ya! its you pija. ;p

back to the story. cara saya mengatasi masalah saya adalah berbeza-beza. bergantung pada masalah yang saya hadapi. untuk masalah belajar dan kerja, saya lebih suka untuk berkongsi sebahagiannya dan kemudian saya akan membuat perkara yang menggembirakan saya supaya saya dapat lupakan seketika masalah yang saya hadapi. selalunya saya akan berjumpa dengan kawan dan berrcerita mengenai apa sahaja melainkan masalah saya, ataupun saya pergi menonton wayang, ataupun saya pergi berkaraoke dan macam-macam lagi. tapi, sekiranya saya menghadapi masalah peribadi yang melibatkan keluarga, maruah, hati dan perasaan, saya lebih suka berdiam diri dan menyendiri. saya lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi apa yang saya rasa dengan orang lagi. kecuali dengan orang-orang tertentu. ya, saya seorang pemendam dan pendendam. ini kerana saya rasa tiada siapa yang ingin tahu apa yang saya rasa dan tiada siapa pun yang rasa apa yang saya rasa. 

sekarang, saya lebih terbuka. saya lebih suka meluahkan apa yang saya rasa. tapi, dengan cara itu saya telah melukakan hati orang-orang disekeliling saya. bila saya meluahkan apa yang saya rasa, ada sesetengah pihak yang tak dapat menerima cara saya dan ini membuatkan saya dan mereka terluka. saya akan jadi bertambah tertekan dan murung. seperti sekarang. 

jadi, mungkin saya perlu mencari kembali diri saya yang dulu. yang positif. yang hanya memendamkan segala apa yang saya rasa. saya perlu menjadi lebih perahsia dan lebih berhati-hati dalam menjaga hati insan-insan disekeliling saya. saya yang dulu tak kisah untuk terluka asalkan orang-orang disekeliling saya bahagia. ya! saya perlu kembali kepada yang dulu. saya sudah tersasar jauh. 

percayalah wahai insan. Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi. percayalah dengan ketentuan Allah. kembalilah kepadanya. insyaAllah kita akan bahagia dunia dan akhirat. sesungguhnya, apa dan siapa yang kita miliki di dunia ini adalah pinjaman semata-mata. segala-galanya adalah milik kekal yang Maha Esa. 

No comments: